Saturday 9 February 2013

Bila terbaca blog salah seorang rakan pembaca ini mula timbul seribu 1 soalan dan jawapannya....mungkin ada yang di luar sana tgh bersedih hati menerima dugaan, cabaran mahupun keputusan peperiksaan dan tamparan hebat....

Pesanan untuk diri sendiri dan mereka di luar sana :-

  • Jangan bersedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta. Allah bagi apa yang kita perlu. kadang2 Allah tak bagi kerana Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. Tapi bukan Allah tak bagi terus. Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita.
  • Jangan kecewa kerana kebahagiaan akan datang kepada kita, kerana dunia berputar ibarat roda. kadang kala di atas, kadang kala di bawah..cuma kita tak tahu bilakah kita akan sampai di atas itu. Rahsia Allah, dan Dia sebaik2 pengatur dan penentu.
  • Jangan cepat berputus asa kerana Allah sedang uji kita, Allah lihat kita..Allah tahu apa yang kita lakukan. Allah lihat usaha kita dan Allah nilai usaha kita..




Semua perkara yang berlaku dulu ada hikmahnya, tak kira la ia berkenaan apa sekali pun..Yakinlah bahawa Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan dulu.

Dan ingatlah...Allah tak cipta duit, manusia yang cipta duit...tetapi Allah yang cipta rezeki...in Shaa Allah sama2 kita..


menuju al-jannah..


p/s : 'Allah menggantikan sesuatu yang baik itu, pasti dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin sukar untuk kita lihat sekarang.Kerna hati kita masih dikaburi oleh baiknya yang Allah beri sekarang sehingga tidak mampu lihat kebaikan yang jauh lebih baik yang bakal kita dapat.'



No comments:

Post a Comment