Saturday 16 February 2013

Allah kan ada


berterima kasihlah terhadap musuhmu..
mereka tentu akan selalu mencari kelemahan dan keburukanmu...
jika engkau mengetahui bahawa mereka sedang melakukan hal itu kepadamu, maka kamu tidak perlu marah....
Namun justeru puji lah Allah, kerana Dia telah menjadikan untukmu orang lain yang dapat mengerti kekuranganmu, sebab kamu sendiri tidak mengerti kekurangan itu...
mereka akan berterus terang dalam menjelaskan kekuranganmu...
dengarkan sebaiknya apa yang mereka katakan tentangmu kerana hal itu lebih patut memantau dirimu...
adapun teman kamu sendiri, maka ia tentu akan merasa malu dan segan untuk menunjukkan kekuranganmu itu...




Apabila manusia berkata yang tidak baik tentang kita. Memang kita terluka. Memang kita terasa. Memang kita merana. Memang kita menderita. Pujuklah hati kita. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata yang menyakitkan daripada manusia.

Sabar dan redha. ALLAH cinta kepada hamba NYA yang sabar menghadapi ujian. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah nya. Hikmah bala rahsia DIA.


Kita mencari dan menanti dengan DOA. ALLAH itu ADA. Jangan sia-siakan kewujudan NYA. Kita adalah hamba. Serahkan diri hanya kepada NYA. 


Ulamak telah berkata : Apabila ALLAH hendak memberi kurnia. Maka di hantar manusia menganiayai kita.


P/s: kalau tak dapat terima sesuatu dakwah atau teguran...itu  tanda hati keras..tapi sekeras2 hati boleh di lembutkan dengan ayat Al-Quran....



Innallaha ma'asshobirin..

No comments:

Post a Comment