Wednesday 15 May 2013

Dear Friend..







friendship is 1 of the hardest things to keep,
because somewhere in the middle new friend may come but i hope u still keep me in your heart even if someone new comes along..

Sunday 5 May 2013

La Tahzan Innallaha ma'ana


Tempang pun kene berjalan jua..
Sakit pun kene solat jua..

Kesemua mereka menangis..
Apa hikmahnya dari PRU13 ni?
Allah s.w.t. mahu hamba-Nya lebih sabar..
Lebihkan titisan air mata di setiap doa..
Sujud dan tahajjud..
Lebihkan masa untuk Dia..


Kekalahan..
Bukannya tak biasa..
Kalah bukan bermakna rebah..
Bukan bererti mengalah..
Bukan juga menyerah..
Cuma akur adanya hikmah..

Menang..
Bukan selamanya akan menang..

Tersungkur hari ini,
Tidak akan mengunci hati,
Tidak pula langkah terhenti,
Tidak pula terkaku matikan diri,
Tersungkur hari ini,
Demi bangkit kembali pada suatu hari..

Peristiwa hari ini pasti dikenang..
Hari ini kita muda..
5tahun lagi kita dah tua.
Namun perjuangan tetap muda sampai bila-bila.
5tahun lagi.
Kita akan berjuang tanpa tokoh-tokoh yg ada kini.
Mungkin mereka tidak sempat bersama lagi.

pasti ada hikmah dan pengajaran..
lagi 5tahun kita kene betul2 all out..in shaa Allah
mungkin kita belum berkhidmat lebih 50% lg dr y sepatutnya 
atau mungkin usaha kita belum smpai 10% pun dr segi kesungguhan..
banyak lg tanggungjawab y kita perlukan..
kerja2 dakwah dan tarbiah masih bnyk diperlukan sblm PRU14 ni..
supaya mereka dapat menilai y baik dan y tidak..
5tahun akan datang,
Sebelum PRU14 kita akan berusaha dgn lebih kesungguhan..
ikhlaskan hati..
tarbiah diri, keluarga dan kawan2..

Sahabat-sahabat sekalian..

Perjuangan kita belum terhenti..

Selagi nyawa kita masih bernafas,jihad kita masih berjalan..

Mantapkanlah aqidah..bertarbiah lah..

Perjalanan kita masih panjang..


KETAHUILAH ZAMAN KITA AKAN TIBA!

ZAMAN KITA ADALAH ZAMAN PERUBAHAN!

WAKTU ITU AMAL KITA AKAN BERCAKAP TANPA LISAN!

HIDUP RAKYAT KERANA DITINDAS!

BANGKIT RAKYAT KERANA KEADILAN!

KITA AKAN BANGKIT! TUNGGU DAN LIHAT!


Secara jujurnya aku menulis blog ini dalam keadaan air mata y mengalir..
Alhamdulillah..kata2 semangat dr kawan y dapat menguatkan semangat y hilang..


"Tahu,Banyak yang sedih. Banyak yang tak puas hati. Banyak yang kecewa.
Tapi Allah dah kata,

Untuk orang yang ingkar, biar Aku yang adili. 
Aku yang ciptakan mereka. Aku lebih tahu semuanya. 

Kita cuma hamba. Takde daya. Takde upaya.
Semuanya berlaku dengan izin Allah.
Ada yang Allah simpan. Ada yang Allah mahu tunjukkan.
Kemenangan adalah buat mereka yang meletakkan Allah di hadapan.
Bukan orang yang meletakkan kuasa sebagai impian."




"Biar airmatamu mengalir laju di pipi.
Malaikat menyaksikan.


Moga Allah hitung airmatamu sebagai kebaikan.
Allah nak kita lebih kuat dan bersatu.
Allah nak kita lebih banyak perbaiki sahsiah diri dan iman.

Bukan sekadar 30 tahun atau 50 tahun Konstatinopel dapat ditawan, bukan? 
Satu hari nanti, Islam pasti akan mekar bersama wangian kiriman Tuhan.
Tenangkan hatimu dengan pujukan Dia.
Percayalah, hanya janji janji Dia yang akan buat kamu bahagia.
Bukan janji manusia yang selalu penuh dusta."




"Kalau mereka fikir dunia ini untuk selamanya, nescaya mereka akan terus hanyut dan binasa selamanya.
Sekiranya mereka meyakini bahawa akhirat itu lebih utama, nescaya akan terus bergementarlah hati mereka selamanya.

Jangan risau.
Kita masih punya mahkamah akhirat.jgn resah

Malaikat tak pernah terlepas pandang walau sesaat.
Jangan gelisah.
Untuk yang bersubahat, Allah tak pernah tutup pintu taubat :)

Dunia ini, bukan milik mereka.
Dunia dan akhirat, semuanya Allah yang jaga.
Yakin je dengan Allah.
Serahkan je semuanya pada Allah. "



" Mereka dapat bersembunyi daripada manusia. Tetapi mereka tidak dapat bersembunyi daripada Allah, kerana Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang tidak diredhai Allah. "

- An Nisa' : 108

Allah memujukmu,
" Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula berasa sedih.
Sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman. "
- Ali 'Imran : 139


Semakin banyak dibaca status di fb, mungkin kan menambah rasa sedih hati.
Tapi bila dibuka Quran, kita kan temui banyak jawapan. ♥



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah al-Baqarah: 216


5tahun akan datang




LA tahzan Innallaha ma'ana..


There is no god but Allah and Prophet is the Messenger of God