Saturday 16 February 2013

Hijrah Diri =)




Realiti HIJRAH DIRI sebelum nyawa di ambil pergi....

realiti TAUBAT sebelum terlewat...

kekuatan HIJRAH DIRI akan datang sendiri bila kita ikhlas dengan niat hati,,
HIJRAH DIRI bukan untuk dapar pujian duniawi...
HIJRAH DIRI kerana Ilahi itulah HIJRAH SEJATI...


Syukran ukhtie..:-)


      
izzah : nak kekal istiqamah..iqa kna cari kwan2 yg baik tau,,
        In shaa Allah jmpa nnt
        izah doakn amiin


syukran izzah...





kadang2 ade yang bertanya.... bile kau nak kahwin??.....

aku tak sempat dan tak terfikir pun untuk kahwin, sebab bila ditanya tentangnya apa yg aku ingat..Sempatkah lagi untuk aku melaksanakannya??,,,,,,,,Yang mana akan sampai dulu? 
Jodohku atau matiku??....Allah sahaja maha mengetahui...


P/s : kebaikan diperbuat bukan untuk di lihat

      Atau utk diangkat dan rasa hebat.


      Tidak.


      Ia ramuan utk menanam rasa kehambaan.


      Utk menambah kemanisan iman.


      Biar tak dinilai insan.


      Tapi pesonanya tetap dirasakan.


      Itulah sebenar benar erti kebaikan.








“Wahai manusia, sesungguhnya aku sedang menasihati kalian, dan bukanlah bererti aku orang yang terbaik di antara kamu, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. Sungguh aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Andai kata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi sempurna, nescaya tidak akan ada pemberi nasihat. Lalu akan menjadi sedikitlah jumlah orang yang mahu memberi peringatan dan tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah.”

(Hasan Al-Basri)







Allah kan ada


berterima kasihlah terhadap musuhmu..
mereka tentu akan selalu mencari kelemahan dan keburukanmu...
jika engkau mengetahui bahawa mereka sedang melakukan hal itu kepadamu, maka kamu tidak perlu marah....
Namun justeru puji lah Allah, kerana Dia telah menjadikan untukmu orang lain yang dapat mengerti kekuranganmu, sebab kamu sendiri tidak mengerti kekurangan itu...
mereka akan berterus terang dalam menjelaskan kekuranganmu...
dengarkan sebaiknya apa yang mereka katakan tentangmu kerana hal itu lebih patut memantau dirimu...
adapun teman kamu sendiri, maka ia tentu akan merasa malu dan segan untuk menunjukkan kekuranganmu itu...




Apabila manusia berkata yang tidak baik tentang kita. Memang kita terluka. Memang kita terasa. Memang kita merana. Memang kita menderita. Pujuklah hati kita. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata yang menyakitkan daripada manusia.

Sabar dan redha. ALLAH cinta kepada hamba NYA yang sabar menghadapi ujian. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah nya. Hikmah bala rahsia DIA.


Kita mencari dan menanti dengan DOA. ALLAH itu ADA. Jangan sia-siakan kewujudan NYA. Kita adalah hamba. Serahkan diri hanya kepada NYA. 


Ulamak telah berkata : Apabila ALLAH hendak memberi kurnia. Maka di hantar manusia menganiayai kita.


P/s: kalau tak dapat terima sesuatu dakwah atau teguran...itu  tanda hati keras..tapi sekeras2 hati boleh di lembutkan dengan ayat Al-Quran....



Innallaha ma'asshobirin..

Saturday 9 February 2013

Bila terbaca blog salah seorang rakan pembaca ini mula timbul seribu 1 soalan dan jawapannya....mungkin ada yang di luar sana tgh bersedih hati menerima dugaan, cabaran mahupun keputusan peperiksaan dan tamparan hebat....

Pesanan untuk diri sendiri dan mereka di luar sana :-

  • Jangan bersedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta. Allah bagi apa yang kita perlu. kadang2 Allah tak bagi kerana Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. Tapi bukan Allah tak bagi terus. Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita.
  • Jangan kecewa kerana kebahagiaan akan datang kepada kita, kerana dunia berputar ibarat roda. kadang kala di atas, kadang kala di bawah..cuma kita tak tahu bilakah kita akan sampai di atas itu. Rahsia Allah, dan Dia sebaik2 pengatur dan penentu.
  • Jangan cepat berputus asa kerana Allah sedang uji kita, Allah lihat kita..Allah tahu apa yang kita lakukan. Allah lihat usaha kita dan Allah nilai usaha kita..




Semua perkara yang berlaku dulu ada hikmahnya, tak kira la ia berkenaan apa sekali pun..Yakinlah bahawa Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan dulu.

Dan ingatlah...Allah tak cipta duit, manusia yang cipta duit...tetapi Allah yang cipta rezeki...in Shaa Allah sama2 kita..


menuju al-jannah..


p/s : 'Allah menggantikan sesuatu yang baik itu, pasti dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin sukar untuk kita lihat sekarang.Kerna hati kita masih dikaburi oleh baiknya yang Allah beri sekarang sehingga tidak mampu lihat kebaikan yang jauh lebih baik yang bakal kita dapat.'