Thursday 24 January 2013

Maulidur rasul..


           Salam maulidur rasul....

Bagi aku setiap hari pun maulidur rasul kerana baginda mesti sentiasa di ingati....ada pernah salah seorang sahabat ini bertanya kepada seorang ustaz apakah hukum kita menyambut maulidur rasul???

Jadi ustaz telah menjawab...hukum harus supaya kita sentiasa mengingati perjuangan baginda rasulullah S.A.W

Dan di tanya pula kenapa pada zaman para sahabat, mereka tidak menyambut maulidur rasul???

Maka ustaz menjawab...pada zaman dulu para sahabat memang dah setiap hari mengingati baginda rasulullah S.A.W sehinggakan selepas baginda wafat, para sahabat telah melalui satu jalan yang selalu di lalui oleh rasulullah ketika nabi masih hidup, sewaktu sahabat rasulullah berjalan melalui jalan ini, Abu Bakar As-siddiq berjalan semakin lama semakin menyenget ke tepi dan kemudian kembali lurus sedangkan tiada apa2 halangan di hadapan...dan sahabat yang lain berasa pelik dan bertanya kepada Abu Bakar "wahai Abu Bakar kenapa begini?" tnya sahabat...Abu Bakar menjawab "sewaktu Rasulullah belum wafat, beliau sentiasa melalui jalan ini, dan pada ketika itu terdapat sebatang pokok di hadapan, baginda pun jala menyenget dan kemudian kembali lurus"....


Bagaimana kita lihat betapa ingatnya para sahabat kepada baginda sehinggakan apa yang nabi buat mereka ikut...setiap hari mereka akan ingat rasulullah bkn setakat pada hari kelahiran baginda...

     Tetapi kita pada hari ini mudah untuk melupakan...maka sebab itulah di haruskan menyambut maulidur rasul supaya kita sentiasa ingat kepada baginda Rasulullah S.A.W....

  
 " hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu,
     telah aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku,
      dan aku redha islam itu sebagai agama kamu..."

             
            " sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka    
             sesungguhnya dia telah mencintai aku, 
            dan sesiapa yang mencintai aku nescaya maka dia   
           bersama-samaku di dalam syurga.."


                                      sabda rasulullah S.A.W



                     surah al-anbiya ayat 107




Jom selawat ke atas nabi dan junjungan!!!


p/s: Dear rasulullah S.A.W..
     i am trying to be the best umat..
     i want to see u soon in jannah..
     i realy miss u a lot...






ya rasulullah..kau tinggalkan kami warisan yang abadi..dan bersaksilah...sesungguhnya kami merinduimu..


Friday 11 January 2013

Tabiah dari Allah..



Bismillah...Assalamualaikum

semua orang mempunyai keinginan untuk berubah...berubah kepada yg lebih baik..kerana sifat untuk berubah itu ialah fitrah dalam diri setiap manusia..

Antara pertanda seseorang itu ingin kpd kebaikan ialah :-

- dia mula membenci hiburan yg terlampau
- tidak suka akan pergaduhan dan pertelingkahan
- pergaulan bebas antara laki dan perempuan

---------dan mcm2 lagi..dia merasa tidak senang dan selesa dgn perkara2 tersebut--------


Dan apabila dia melakukan perkara2 yang baik, dia merasa tenang..contoh...

-dia suka mendengar ceramah2 agama
-merasa ingin bertaubat kepada Allah
-suka berkawan dgn org baik dan soleh..







Namun............
Apakah yang dimaksudkan dgn perubahan?

Katakanlah (wahai Muhammad) : “ Wahai hamba-hamba-Ku yg telah
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dgn perbuatan2 maksiat),
jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia-lah jua yg Maha Pengampun
Lagi Maha Mengasihani ”                                                    ( 39 : 53 )


Dan mungkin ada yg ingin berubah...tapi bnyk halangannya..
 Contonya;
            - dia dituduh hipokrit
            - keluarganya yg menetang
            - adakalanya diejek oleh rakan2..



Tetapi ketahuilah bahawa......jika dia mahu berubah ikhlas kerana Allah...beranikanlah diri utk berubah.......kerana dia akan menjadi org yg beruntung seperti Hadis Nabi :-

                        “ Barangsiapa yg hari ini, dia lebih baik dari smlm,
                   Maka dia dr kalangan mereka yg beruntung....
                   Barangsiapa yg hari ini, dia sama seperti smlm,
                   Maka dia dr mereka yg rugi.....”
            
                ( RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM )






Oleh itu mari lah kawan2 kita sama2 berubah....
Kita mulakan dgn diri sendiri..
Bersegera dalam berubah...
berubah secara berperingkat...

ingatlah sahabat,,jgn kita menjadi di kalangan orang yg tercicir...
Dan ingatlah sahabat...tiada istilah

“Saya sudah cukup baik”


........tarbiah bukan segalanya...tapi segalanya bermula daripada tarbiah..berubah lah ke arah y btl sahabat....



Tuesday 8 January 2013


KISAH MEMALI


untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.

al fatihah untuk para syuhada memali