Thursday 24 January 2013

Maulidur rasul..


           Salam maulidur rasul....

Bagi aku setiap hari pun maulidur rasul kerana baginda mesti sentiasa di ingati....ada pernah salah seorang sahabat ini bertanya kepada seorang ustaz apakah hukum kita menyambut maulidur rasul???

Jadi ustaz telah menjawab...hukum harus supaya kita sentiasa mengingati perjuangan baginda rasulullah S.A.W

Dan di tanya pula kenapa pada zaman para sahabat, mereka tidak menyambut maulidur rasul???

Maka ustaz menjawab...pada zaman dulu para sahabat memang dah setiap hari mengingati baginda rasulullah S.A.W sehinggakan selepas baginda wafat, para sahabat telah melalui satu jalan yang selalu di lalui oleh rasulullah ketika nabi masih hidup, sewaktu sahabat rasulullah berjalan melalui jalan ini, Abu Bakar As-siddiq berjalan semakin lama semakin menyenget ke tepi dan kemudian kembali lurus sedangkan tiada apa2 halangan di hadapan...dan sahabat yang lain berasa pelik dan bertanya kepada Abu Bakar "wahai Abu Bakar kenapa begini?" tnya sahabat...Abu Bakar menjawab "sewaktu Rasulullah belum wafat, beliau sentiasa melalui jalan ini, dan pada ketika itu terdapat sebatang pokok di hadapan, baginda pun jala menyenget dan kemudian kembali lurus"....


Bagaimana kita lihat betapa ingatnya para sahabat kepada baginda sehinggakan apa yang nabi buat mereka ikut...setiap hari mereka akan ingat rasulullah bkn setakat pada hari kelahiran baginda...

     Tetapi kita pada hari ini mudah untuk melupakan...maka sebab itulah di haruskan menyambut maulidur rasul supaya kita sentiasa ingat kepada baginda Rasulullah S.A.W....

  
 " hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu,
     telah aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku,
      dan aku redha islam itu sebagai agama kamu..."

             
            " sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka    
             sesungguhnya dia telah mencintai aku, 
            dan sesiapa yang mencintai aku nescaya maka dia   
           bersama-samaku di dalam syurga.."


                                      sabda rasulullah S.A.W



                     surah al-anbiya ayat 107




Jom selawat ke atas nabi dan junjungan!!!


p/s: Dear rasulullah S.A.W..
     i am trying to be the best umat..
     i want to see u soon in jannah..
     i realy miss u a lot...






ya rasulullah..kau tinggalkan kami warisan yang abadi..dan bersaksilah...sesungguhnya kami merinduimu..


No comments:

Post a Comment